Jamuan Hari Raya anjuran Masjid Al-Hussaini Wafa Kg Beluru 2022.
Dengan kerjasama KRT Kg Beluru Geliong, Persatuan Penduduk Kg Beluru, Kayuhan Ukhuwah Kariah Masjid Al-Hussaini Wafa, Khairat Kematian Kariah Masjid Jamek Kg Beluru, Komuniti Keluarga Malaysia Kg Beluru, JPKK: Kg Beluru/Geliong ,Kubang Halban dan Sri Desa, Tadika KEMAS Kubang Halban 2 dan PEDi Kg Kubang Halban.
Tarikh : 29 Mei 2022
Tempat : Arena Masjid Al-Hussaini Wafa
Terima kasih kepada AJK Masjid Al-Hussaini Wafa kerana sudi menjemput PEDi Kg Kubang Halban untuk menyertai program kali ini. Petugas PEDi bertanggungjawab mengendalikan sukaneka dan pendaftaran serta gerai makanan menu pemanis mulut. Alhamdulillah gerai no. 7 di bawah kolaborasi PEDi Kg Kubang Halban, Mini Hub Mamasab Kg Beluru (Puan Mazura Nazari) & CWK Enterprise ( Encik Khamarolzaman) berjaya mendapat tempat ke -4 kategori Gerai Tercantik.
Jutaan terima kasih kepada individu-individu yang bermurah hati sudi menaja kek untuk gerai kami. Juga kepada penaja menu-menu lain termasuk aiskrim dan apam balik.