Pusat Internet Kubang Halban terletak di dalam Mukim Kota Lama Kiri. Keluasan keseluruhan Kg Kubang Halban ialah 366 km persegi. Lokasi Pusat Internet Kubang Halban terletak berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Beluru. Bandar yang terdekat ialah Kuala Kangsar di mana jaraknya hanya 8 - 10 KM. Bandar Kuala Kangsar lengkap dengan kemudahan seperti Bank, Bangunan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi Swasta seperti Universiti Sultan Azlan Shah, Kolej Komuniti, Pasar, Stesen Bas dan Teksi, Balai Polis, Pejabat Pos, Bomba, Pasaraya dan lain-lain.

 

Populasi penduduk Kampung Kubang Halban

      -       Jumlah           : 396 Orang (100% Melayu)

      -       Lelaki             : 191 Orang  

      -       Perempuan   : 205 Orang