Usahawan Bantal Kekabu Bonda

Tilam kekabu Bonda yang di miliki oleh Marzitah Maarof (46) bersama anaknya, Masturah Mohd Khair (24) telah beroperasi selama 15 tahun bermula 2002. Menjadikan kekabu sebagai asas produk perniagaan mereka dengan mengambil kira konsep “Back To Nature” melalui perniagaan yang diberi nama Bonda Manufacture (M) Sdn. Bhd. Perniagaan yang beroperasi di Bendang Ujib Kati ini telah membuka 40 peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar. Hingga kini, kekabu bonda turut mempunyai rangkaian 26 pemborong dan 23 kios seluruh Perak malah pengguna boleh mendapatkan produk mereka di pasaraya terkenal seperti Mydin, Tesco dan AEON.


 

 

 

Noorul Naguib Bin Noorul Kamal  mula menceburkan diri dalam bidang pertukangan secara serius pada tahun 2015. Beliau yang berumur 34 tahun mula menjadikan hobi membuat perabot dari kayu terbuang sebagai kerjaya setelah melihat permintaan pasaran yang meningkat dan tinggi. Perabotnya di hasilkan dengan begitu teliti dengan kemas menyebabkan perniagaan beliau bertambah maju dan mendapat permintaan ramai. Tambahan pula beliau pernah mendapat perhatian media (Sinar Harian Edisi Perak) mengenai usaha beliau menghasilakn perabot dari kayu yang terbuang.

Penghujung tahun 2015, beliau mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet 1Malaysia Kubang Halban dan mengikuti Kursus Usahawan Online anjuran bersama Pusat Internet 1Malaysia Kubang Halban, KPerak dan Pemuda UMNO Padang Rengas. Beliau di dedahkan dengan perniagaan secara atas talian yang lebih memudahkan beliau mempromosikan hasil-hasil perabot dan menarik lebih ramai pelanggan bukan sahaja di dalam Malaysia malahan juga di luar negara. Kursus ini telah memberi kesan positif terhadap perniagaan beliau.

Kepada yang berminat anda boleh layari : https://www.facebook.com/ajib.kamal.7 untuk melihat hasil perabot yang pernah beliau hasilkan dan boleh hubungi atau Whatsapp beliau di nombor 0194334540

 

Hasil Perabot Kayu Terbuang