Merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Mula bergiat aktif berniaga secara online sekitar tahun 2012. Bermula dengan menjadi jurumekap rakan-rakan sekampung dan kenalan sekolah. Menggunakan Facebook sebagai medium mepromosikan bakat terpendam beliau sebagai jurumekap. Ramai rakan-rakan yang menempah beliau menjadi jurumekap untuk majlis makan malam atau majlis perkahwinan. Selain itu, beliau juga menjadi agen dropship menjual pakaian dan barangan kesihatan serta kecantikan.

Dengan adanya kemudahan internet dan kampung tanpa wayar serta perkhidmatan print di Pusat Internet (PI) Kubang Halban memudahkan belia untuk menguruskan perniagaan secara atas talian. Selain itu, dengan adanya tunjuk ajar daripada petugas serta promosi perkhidmatan beliau di Dashboard Komuniti menambahkan lagi pelanggan beliau.

Jika dahulu hanya sedikit yang mengetahui beliau seorang jurumekap namun melalui perkembangan teknologi dan penggunaan media sosial yang meluas menambahkan pendapatan beliau sebagai jurumekap dengan cas yang berpatutan.

Beliau berharap agar semoga segala perkhidmatan yang ada di PI dikekalkan di kawasan kampung kerana ia banyak membantu usahawan kecil dan juga penduduk setempat yang agak jauh untuk ke bandar untuk menyiapkan urusan.