Usahawan Pastri: Kek, Biskut

 

Latar belakang

Ibu kepada 3 orang anak ini sangat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan. Tambahan pula beliau adalah tenaga pengajar KEMAS bagi kursus memasak.  Pada  mulanya beliau hanya mengajar penduduk setempat cara-cara untuk memasak pelbagai resepi. Setelah di muat naik ke laman media sosial produk beliau mula mendapat tempahan dan disitulah bermulanya penglibatannya di dalam bidang perniagaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi Ahli Pi1M, beliau tidak begitu yakin untuk memasarkan produk beliau dengan lebih meluas. Tambahan pula bahan-bahan untuk membuat kek agak mahal ketika itu maka ia hanya dibuat sekali sekala sahaja untuk memenuhi masa lapang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kursus dan bengkel yang dianjurkan oleh Belia 4B Padang Rengas dengan kerjasama PI Kubang Halban pada tahun 2016, beliau mula melihat hala tuju perniagaan secara online ini memberikan pendapatan sampingan yang agak lumayan kepadanya. Beliau juga mengenali lebih ramai usahawan-usahawan serta berkongsi pengalaman mereka sepanjang bergelar usahawan dan bertukar-tukar pendapat untuk menarik lebih ramai pelanggan.