Latar Belakang

Bersekolah di Sekolah Maahad Tahfiz di Kota Lama Kiri, Kuala kangsar. Agak lemah dalam pelajaran dan menurut ibunya, Siti NorBahyah hanya mula bercakap dengan lancar pada usia 4 tahun lebih. Sikapnya yang pendiam menyukarkan untuk guru memahami tahap penerimaannya terhadap pelajaran di sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Agak pendiam dan kurang mesra. Hanya berkomunikasi dengan ibu atau abangnya sahaja. Tidak boleh mengenal angka dan abjad secara keseluruhannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mula mengikuti kelas insentif selama seminggu dan juga mengikuti kelas ICT bagi memahirkannya dalam mengenal abjad dan angka. Selepas beberapa latihan dan pembelajaran, sudah boleh berbual mesra dengan petugas dan rakan-rakan yang turut sama berada di dalam kelas. Sudah boleh menulis nama sendiri walaupun masih ada abjad yang masih tidak boleh ditulis mengikut aturannya.