Nama   : Muhammad Taufik Bin Baharom

Umur    : 26

Ahli       :  2018

latar Belakang

Muhammad Taufik Bin Baharom merupakan bekas pelajar Giat Mara Kuala Kangsar. Beliau memulakan kerjaya dengan bekerja sebagai pembantu juruteknik bagi mendapatkan pengalaman dalam bidang elektrik. Setelah mendapat pengalaman setahun bekerja, beliau mula membuka perniagaan sendiri. Pada permulaan perniagaan, beliau hanya membaiki barangan elektrik di rumahnya sendiri.

Sebelum Penggunaan  ICT / Penglibatan PI

Semasa memulakan perniagaan sendiri, beliau hanya mempromosikan servis menggunakan cara edaran risalah dan pamplet ke kawasan perumahan.Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1,000.00 sahaja sebulan dan tidak menentu.

Selepas Penggunaan  ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan yang dihadiri beliau yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet, beliau mengaplikasikannya dalam mempromosikan servis-servis beliau di laman sosial. Kini beliau sudah mempunyai 2 cawangan di daerah Kuala Kangsar dan mempunyai 6 orang pekerja. Beliau banyak mendapat pelanggan daripada syarikat swasta dan juga kerajaan.

Beliau berharap agar semoga segala perkhidmatan yang ada di PI dikekalkan di kawasan kampung kerana ia banyak membantu usahawan kecil dan juga penduduk setempat yang agak jauh untuk ke bandar untuk menyiapkan urusan.