Nama   : Nursyahira Bt Ahmad Zamri

Umur    : 23

Ahli       :  2019

 

Latar belakang

Merupakan anak bongsu daripada 4 adik beradik.Pelajar lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.Bertugas sebagai guru ganti di sekolah-sekolah daerah Kuala Kangsar dan Sungai Siput. Mengikut jejak langkah kakak-kakaknya yang aktif dalam perniagaan secara atas talian sebagai sumber pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Menjual kepada rakan-rakan dan saudara mara serta jiran. Hanya dibuat jika berkelapangan maka agak lambat untuk menghabiskan stok produk jualan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Teknologi yang terkini memudahkan para peniaga untuk mendapat pelanggan tanpa perlu keluar mencari pelanggan mereka. Beliau menjadikan perniagaan atas talian ini sebagai pendapatan sampingan. Tambahan pula dengan adanya sosial media amat mudah untuk beliau membuat urusniaga dengan pelanggan beliau di mana jua.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Disebabkan beliau sudah mahir menggunakan media sosial, petugas Pusat Internet hanya memberi panduan untuk beliau untuk meletakkan gambar produk dan strategi pemasaran yang dapat menarik minat pembeli. Memperkenalkan juga MyShop kepada beliau sebagai satu medium mempromosikan produk beliau.