Nama   : Abdul karim Bin Saad

Umur    : 54

Ahli       :  2019

Latar belakang

Memulakan perniagaan menjual laksa sejak dari tahun 1994 secara kecil –kecilan di lokasi berdekatan Jam Besar Kuala Kangsar dan beliau mula mengorak langkah memulakan perniagaan katering pada 2000. Kini beliau telah berubah lokasi perniagaan di kawasan lembah Kuala Kangsar. Beliau juga pernah menerima tempahan dari pihak istana jika terdapat keraian di Bukit Chandan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sekadar bergantung kepada pelanggan yang datang ke gerai beliau dan tiada promosi yang dilakukan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan Facebook telah membantu menambah bilangan pelanggan beliau. Ini kerana rangkaian yang lebih meluas dan tidak memerlukan modal yang besar. Malahan gambar nampak lebih cantik dan mudah di paparkan dan dipromosikan.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Bermula dengan penggunaan komputer, dan seterusnya cara menyunting gambar produk sama ada di komputer mahupun di telefon pintar beliau. Sangat mudah dan membantu beliau yang tidak begitu mahir dalam bidang tersebut.