Usahawan Kuih Tradisional: Kuih Bangkit

 

Latar belakang

Mempunyai latar belakang keluarga yang suka berniaga kuih muih tradisional.Setelah anak-anak berkahwin, beliau mempunyai masa lapang untuk serius dalam perniagaan ini kerana sebelum ini hanya dibuat secara sambilan.Ketika itu tempahan hanya diambil ketika musim raya sahaja.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi Ahli Pi1M, beliau memasarkan produk di kedai-kedai sekitar Kuala Kangsar. Pendapatan bergantung kepada penjualan di kedai.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas perniagaan secara online menggunakan medium Facebook, Whatsapp, Wechat dan Instagram, perniagaan beliau mula mendapat sambutan. Beliau yang juga aktif dengan kegiatan luar menggunakan Whatsapp sebagai medium yang paling mudah untuk mempromosikan produk beliau selain memuat naik di Facebook. Produk beliau kini mula mendapat tempahan luar dari negeri Perak.

Merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Mula bergiat aktif berniaga secara online sekitar tahun 2012. Bermula dengan menjadi jurumekap rakan-rakan sekampung dan kenalan sekolah. Menggunakan Facebook sebagai medium mepromosikan bakat terpendam beliau sebagai jurumekap. Ramai rakan-rakan yang menempah beliau menjadi jurumekap untuk majlis makan malam atau majlis perkahwinan. Selain itu, beliau juga menjadi agen dropship menjual pakaian dan barangan kesihatan serta kecantikan.

Dengan adanya kemudahan internet dan kampung tanpa wayar serta perkhidmatan print di Pusat Internet (PI) Kubang Halban memudahkan belia untuk menguruskan perniagaan secara atas talian. Selain itu, dengan adanya tunjuk ajar daripada petugas serta promosi perkhidmatan beliau di Dashboard Komuniti menambahkan lagi pelanggan beliau.

Jika dahulu hanya sedikit yang mengetahui beliau seorang jurumekap namun melalui perkembangan teknologi dan penggunaan media sosial yang meluas menambahkan pendapatan beliau sebagai jurumekap dengan cas yang berpatutan.

Beliau berharap agar semoga segala perkhidmatan yang ada di PI dikekalkan di kawasan kampung kerana ia banyak membantu usahawan kecil dan juga penduduk setempat yang agak jauh untuk ke bandar untuk menyiapkan urusan.

 

 

 

Belajar menggunakan Microsoft Office

 

Latar belakang

Selepas berhijrah dari Kedah, Puan Salwa sekeluarga terpaksa mengadu nasib mencari rezeki di kampung halaman. Namun pendapatan yang diperoleh masih tidak begitu mencukupi lagi bagi menampung persekolahan anak-anak. Alhamdulillah tidak lama kemudian, suami Puan Salwa mendapat projek membersih kawasan-kawasan terpilih di sekitar Negeri Perak. Puan Salwa pula membantu dari segi menyiapkan laporan bagi kawasan-kawasan yang telah mereka bersihkan bagi membolehkan pihak syarikat membayar gaji dan elaun berpandukan laporan yang dikemukakan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perkara paling membimbangkan Puan Salwa adalah laporan yang perlu ditaip menggunakan komputer. Walaupun mempunyai komputer di rumah namun Puan Salwa tidak cekap menggunakannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Alhamdulillah selepas mengikuti beberapa kelas, Puan Salwa sudah semakin mahir dan boleh menggunakan komputer terutama sekali perisian Microsoft Excel kerana kebanyakan laporan perlu dihantar dalam format tersebut.

    Merupakan anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik. Keluarganya mempunyai sebuah kedai membekal peralatan  pejabat dan sukan. Beliau ditugaskan di bahagian promosi. 

Bermula dengan mempelajari membuat kertas kerja dan profil syarikat bagi mendapatkan pinjaman di bawah TEKUN di PI kemudian beliau mula mempelajari cara untuk membuat Facebook Page untuk mempromosikan perniagaan keluarga beliau. Alhamdulillah, kertas kerja beliau di terima dan pinjaman diluluskan bagi menambah modal membeli peralatan pejabat.

Beliau berasa bangga, bersyukur dan berterima kasih dengan wujudnya PI di kawasan  kampung kerana amat membantu beliau dan juga pengguna setempat untuk menggunakan ICT. Kemudahan yang ada sangat memenuhi keperluan komuniti setempat dan tempat yang selesa.

Usahawan Kek Coklat Moist

 

Latar belakang

Selepas berkahwin dan mempunyai anak, Puan Azian bertekad untuk berhenti kerja dan menumpukan kepada keluarga. Namun kos sara hidup yang makin meningkat menyebabkan beliau dan suami mencari laternatif lain bagi menambah pendapatan. Bermual dengan menjual produk minuman keishatan dan pelbagai lagi. Pada penghujung tahun 2016, beliau mencuba untuk menjual kek coklat moist. Alhamdulillah medapat permintaan dari pelanggan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mencuba pelbagai jenis biskut dan kek yang dirasakan mendapat sambutan dan permintaan pelanggan namun tidak begitu berjaya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas asas Internet dan keusahawanan, beliau mencari resepi yang sesuai dan senang dipelajari disamping melihat tutorial di Youtube mengenai cara-cara membuat kek dan biskut. Selepas beberapa kali mencuba pelbagai resepi akhirnya beliau berjaya menghasilkan Kek Coklat Moist. Tambahan pula bahan-bahan untuk membuat kek berkenaan senang didapati di pasaraya berhampiran rumah beliau menyebabkan beliau memilih untuk menjual kek berkenaan. Kek coklat moist beliau mula mendapat permintaan dari rakan-rakan terdekat dan juga di Facebook.