Nama   :  Pn Hasmahani bt A sadki

Umur    :  38

Ahli       :  2019

 

Latar belakang

Mempunyai restoran yang terletak di Simpang Lawin dan mempunyai dua cawanagn di Bukit Mertajam Pulau Pinang dan Lunas, Kedah. Menerima tempahan Kambing Golek Morocco, Ayam Bakar Colombia, Briyani dan sate.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Perniagaan mereka hanya diketahui oleh rakan-rakan dan pelanggan yang pernah datang ke restoran sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Facebook dan Whatsapp meluaskan jaringan dan kaedah mempromosikan perkhidmatan yang ada serta amat mudah berbanding kaedah manual seperti menghantar flysers atau pamplet dari rumah ke rumah dan sebagainya. Tempahan mereka bertambah dan mula membuka cawangan setelah mendapat sambutan ramai.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Melalui Facebook Page yang telah sedia ada, petugas hanya memberi tunjuk ajar dalam cara mempromosikannya dengan lebih efektif dimana terdapat facebook Page yang popular di Kuala Kangsar  di mana ramai pengikut yang aktif maka Romeo’s Kitchen harusmemuat naik promosi mereka di Facebook Page berkenaan. Ternyata maklum balas yang diterima amat menggalakkan.

Pn.Hasmahani A.Sadki

Nama   : Muhammad Taufik Bin Baharom

Umur    : 26

Ahli       :  2018

Latar Belakang

En. Aizzuddin Bin Shafik merupakan lepasan dalam bidang Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) di Politeknik Ungku Omar. Sudah memulakan perniagaan semasa beliau belajar dan pelanggan beliau khususnya adalah pelajar Politeknik sahaja

Sebelum Penggunaan  ICT / Penglibatan PI.

Beliau mula menyewa premis untuk memulakan perniagaan tetapi tidak mendapat sambutan. Pelanggan beliau hanyalah dikalangan rakan-rakan sahaja.

Selepas melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kubang Halban, beliau mempromosikan perniagaan beliau menggunakan Facebook. Kini pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui servis beliau melalui Facebook. Hinggi ke hari ini beliau sudah mempunyai 3 orang pekerja dan beberapa orang pelajar praktikal.

Selepas Penggunaan  ICT / Penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas usahawan di Pusat Internet, En Aizzuddin telah mempraktikkan dengan mempromosikan perniagaan beliau menggunakan Media Sosial (Facebook). Kini dengan menggunakan Media Sosial, perniagaan En. Aizzuddin semakin maju serta mendapat pelanggan dari luar negeri

Latar Belakang

Bersekolah di Sekolah Maahad Tahfiz di Kota Lama Kiri, Kuala kangsar. Agak lemah dalam pelajaran dan menurut ibunya, Siti NorBahyah hanya mula bercakap dengan lancar pada usia 4 tahun lebih. Sikapnya yang pendiam menyukarkan untuk guru memahami tahap penerimaannya terhadap pelajaran di sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Agak pendiam dan kurang mesra. Hanya berkomunikasi dengan ibu atau abangnya sahaja. Tidak boleh mengenal angka dan abjad secara keseluruhannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mula mengikuti kelas insentif selama seminggu dan juga mengikuti kelas ICT bagi memahirkannya dalam mengenal abjad dan angka. Selepas beberapa latihan dan pembelajaran, sudah boleh berbual mesra dengan petugas dan rakan-rakan yang turut sama berada di dalam kelas. Sudah boleh menulis nama sendiri walaupun masih ada abjad yang masih tidak boleh ditulis mengikut aturannya.

Nama   : Muhammad Taufik Bin Baharom

Umur    : 26

Ahli       :  2018

latar Belakang

Muhammad Taufik Bin Baharom merupakan bekas pelajar Giat Mara Kuala Kangsar. Beliau memulakan kerjaya dengan bekerja sebagai pembantu juruteknik bagi mendapatkan pengalaman dalam bidang elektrik. Setelah mendapat pengalaman setahun bekerja, beliau mula membuka perniagaan sendiri. Pada permulaan perniagaan, beliau hanya membaiki barangan elektrik di rumahnya sendiri.

Sebelum Penggunaan  ICT / Penglibatan PI

Semasa memulakan perniagaan sendiri, beliau hanya mempromosikan servis menggunakan cara edaran risalah dan pamplet ke kawasan perumahan.Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1,000.00 sahaja sebulan dan tidak menentu.

Selepas Penggunaan  ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan yang dihadiri beliau yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet, beliau mengaplikasikannya dalam mempromosikan servis-servis beliau di laman sosial. Kini beliau sudah mempunyai 2 cawangan di daerah Kuala Kangsar dan mempunyai 6 orang pekerja. Beliau banyak mendapat pelanggan daripada syarikat swasta dan juga kerajaan.

Beliau berharap agar semoga segala perkhidmatan yang ada di PI dikekalkan di kawasan kampung kerana ia banyak membantu usahawan kecil dan juga penduduk setempat yang agak jauh untuk ke bandar untuk menyiapkan urusan.

Usahawan Pastri: Kek, Biskut

 

Latar belakang

Ibu kepada 3 orang anak ini sangat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan. Tambahan pula beliau adalah tenaga pengajar KEMAS bagi kursus memasak.  Pada  mulanya beliau hanya mengajar penduduk setempat cara-cara untuk memasak pelbagai resepi. Setelah di muat naik ke laman media sosial produk beliau mula mendapat tempahan dan disitulah bermulanya penglibatannya di dalam bidang perniagaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi Ahli Pi1M, beliau tidak begitu yakin untuk memasarkan produk beliau dengan lebih meluas. Tambahan pula bahan-bahan untuk membuat kek agak mahal ketika itu maka ia hanya dibuat sekali sekala sahaja untuk memenuhi masa lapang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kursus dan bengkel yang dianjurkan oleh Belia 4B Padang Rengas dengan kerjasama PI Kubang Halban pada tahun 2016, beliau mula melihat hala tuju perniagaan secara online ini memberikan pendapatan sampingan yang agak lumayan kepadanya. Beliau juga mengenali lebih ramai usahawan-usahawan serta berkongsi pengalaman mereka sepanjang bergelar usahawan dan bertukar-tukar pendapat untuk menarik lebih ramai pelanggan.