Seramai 20 orang ahli Belia dan 5 orang AJK Belia 4B Zon Beluru terpilih ke Mesyuarat Agong Belia 4B (M) Kawasan Padang Rengas yang diadakan di Inap Desa Tanjung Bayu di Kampung Biong, Sauk pada 24 Oktober 2017 yang lalu.

Untuk menonton video klik pautan dibawah:

https://www.facebook.com/inapdesatanjungbayu/videos/1405112256224405/

Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Zon Beluru 2016, Belia 4B turut serta berganding bahu bersama JKKK Zon Beluru dan Pusat Internet 1Malaysia Kubang Halban bagi menjayakan program tersebut. Program tersebut telah diadakan di perkarangan rumah Yang Berhormat Dato' Zainun Bin Mat Noor di Kampung Kubang Halban. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah hadir dan menjayakan program kali ini. Semoga kesepakatan ini berkekalan demi keharmonian dan kesejahteraan bersama.

 

                      

 

 

                                

Persatuan Belia 4B

Persatuan Belia 4B Zon Beluru/Geliong baru sahaja ditubuhkan pada bulan Oktober 2014. Seramai lebih daripada 30 orang telah mendaftar sebagai ahli Belia 4B. Ahli-ahli ini terdiri daripada belia Kampung Kubang Halban, Kampung Ngok, Kampung Ribu, Kampung Beluru dan Kampung Geliong.

Berikut nerupakan carta organisasi Persatuan Belia 4B:

 

Pengerusi

Mohamad Hafiz Bin Mohd Idris

 

Timbalan Pengerusi

Mohd Kamal Noh Bin Shafie

 

Setiausaha

Norhayati Binti Mohd Yusof

 

Timbalan Setiausaha

Norsharina Binti Mior Taha

 

Bendahari

Nor Akmar Binti Abu Samah

 

Naib Pengerusi Remaja

Mohd Shamsul B. Abdullah Zeid

 

Ketua Penerangan

Mohd Nasir Bin Razuan

 

Pemeriksa Kira-kira

Noor Ainun Binti Mohd Yusof

Program Klik Dengan Bijak(KDB) kerjasama dengan Belia 4B Padang Rengas di Mydin Mall, Meru pada 31/12/ 2015 yang disertai seramai 40 orang belia.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu menjayakan program ini