Pusat Internet Kg Kubang Halban mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang sudi melayari laman portal ini. Anda dijemput dan sangat dialu-alukan untuk ke Pusat Internet Kg Kubang Halban. Pusat Internet merupakan satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) dengan kerjasama oleh Telekom Malaysia (TM) dan MSD  Digital Intelligence Sdn Bhd. Projek ini bermatlamat untuk memberikan perkhidmatan seperti kemudahan Internet, sesi pembelajaran, printing, photostat dan sebagainya kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

Pusat Internet Kg Kubang Halban merupakan Pusat Internet  Fasa ke-6 (Clawback 2013) dibawah inisiatif MCMC. Pusat Internet Kg Kubang Halban sepenuhnya beroperasi pada bulan April 2015. Antara objektif Pusat Internet Kg Kubang Halban ditubuhkan ialah memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti Kg Kubang Halban serta memberi pendedahan kepada penduduk mengenai teknologi komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian. Disamping meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan serta aktiviti yang dijalankan, Pusat Internet Kg Kubang Halban ditubuhkan untuk merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Segala kemudahan teknologi yang sedia ada di bandar, boleh didapati oleh penduduk Kg Kubang Halban di Pusat Internet.

 

Petugas Pusat Internet Kg Kubang Halban:

Pengurus                 : Norhayati Binti Mohd Yusof  (012-6331473)

Pen. Pengurus        : Muhammad Faris Bin Zulkpli   (013-4483774)

 

 

Email         : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Website     : kgkubanghalban.pjk.com.my
Instagram  : pikubanghalban
Twitter       : PI_KubangHalban
 
 

 Alamat:

Pusat Internet Kg Kubang Halban

Dewan Orang Ramai Kg Kubang Halban,

33600 Enggor, Perak