Bermula pada 1 Disember 2021 nama Pusat Internet Komuniti(PIK) telah ditukar kepada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang telah di lancarkan oleh Perdana Menteri , Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob pada 21 November 2021 bertempat di Bandar Bera, Pahang. 

       PEDi yang sedia ada telah  dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan serta pelbagai program keusahawanan yang diperlukan oleh komuniti setempat agar mesra terhadap ekonomi digital. Ini bukan sahaja akan merapatkan jurang digital tetapi juga akan mencetuskan inovasi digital. Ini juga selari dengan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi yang didorong oleh digital dan pemimpin serantau dalam ekonomi digital.

     Semoga komuniti setempat dapat memanfaatkan kemudahan yang telah di sediakan demi meningkatkan taraf hidup melalui perniagaan secara digital.