Asal usul nama kampung ini berkaitan dengan nama sebuah pokok iaitu Pokok Halban yang banyak tumbuh meliar di dalam kampung dan di sekitar sawah padi. Penduduk kampung ketika itu memang ramai yang menternak kerbau untuk kegunaan membajak sawah. Setelah kerbau itu penat menarik bajak, mereka akan berehat atau berkubang di bawah pokok halban. Bagaimana kampung ini mendapat nama Kubang Halban apabila penternak kerbau  mencari kerbau mereka lalu bertanya kepada penduduk kampung jika ada terlihat kerbau mereka. Lalu penduduk kampung akan berkata “ Tu.. tengah berkubang di bawah pokok halban”. Maka berdasarkan cerita itulah timbul nama Kampung Kubang Halban.

 

*cerita ini adalah cerita turun temurun yang di perdengarkan oleh orang-orang tua kepada golongan muda.