Sempena Hari Sukan Negara 2016 Peringkat Zon Beluru 2016 terdapat  3 acara untuk kaum wanita yang dipertandingkan iaitu Tuju Selipar, Jet Terbang dan Isi Air Dalam Botol. 3 kumpulan wanita terdiri daripada 3 buah kampung iaitu Kampung Kubang Halban, Beluru/Geliong dan Seri Desa yang turut serta bagi memriahkan majlis. Tahniah diucapkan kepada wanita Zon Beluru.

 

 

 

 

 

Program: Mesyuarat Amanah Ikhtiar

Tarikh: 8 Ogos 2016

Masa: 10.30am - 11.30am

Tempat: Dewan Orang Ramai Kg. Seri Desa

Pengerusi: Pn. Nur Maisarah Bt Hanafi (Cikgu) Pegawai Amanah Ikhtiar Kuala Kangsar, Perak

Ahli: 30 orang (27 Aktif)

Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM) menawarkan Skim Pembiayaan Kredit Mikro kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha bagi menambahkan pendapatan keluarga. AIM memfokuskan untuk melahirkan usahawanita daripada kalangan miskin dan berpendapatan rendah dengan menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan tersebut. Minimum jumlah pinjaman yang disediakan oleh AIM ialah RM100.00 sehingga maksimum pinjaman berjumlah RM20,000.00.