JIM at LuBok

Waktu Operasi: 4.00pm – 2.00am

Lokasi

Restoran Jim at Lubok terletak di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak.Restoran ini dibuka pada Oktober 2018. Ia menjadi tarikan pengunjung kerana keunikan rekabentuk restoran tersebut yang didirikan daripada kontena terpakai. Lebih cantik dilihat pada waktu malam kerana dihiasi lampu yang pastinya menarik perhatian sesiapa yang lalu didepannya.

Dekorasi restoran juga cantik dan kemas serta selesa untuk pengunjung menjamu selera. Di lengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti wifi, surau dan tandas.

Menu istimewa kalau ke restoran ini adalah Nasi Daging (sirloin) Jim @ Lubuk dan Nasi Kambing Bakar Jim @ Lubuk. Kedua-dua menu ini adalah menu utama di Jim at Lubok dan tidak lupa Nasi Goreng Nanas.

Layari Facebook Page : https://www.facebook.com/jimatlubok/ untuk maklumat lanjut

43150995_2371718422843591_1212151379951353856_o.jpg

 

Nama: Sabri Bin Kamaluddin

Umur: 51 Tahun

Menu Istimewa: Pasembor & Nasi Ayam

Waktu Operasi: 4.00pm - 9.00pm

Beroperasi: 1 Tahun

Walaupun baru setahun beroperasi di hadapan rumah beliau sendiri, tetapi sambutan terhadap Pasembor sangat mengalakkan dimana setiap hari beliau akan menerima tempahan awal daripada pelanggan sebelum kedai mula beroperasi lagi. Selain menu Pasembor, menu lain yang turut ada ialah Nasi Ayam, Nasi Goreng Ayam, Mee Goreng, Kuetiaw Goreng dan Rojak Mee.

 

Laksa merupakan makanan yang terkenal di daerah utara Malaysia termasuk juga negeri Perak. Di daerah Kuala Kangsar terdapat ramai pengusaha laksa seperti Laksa Zimbo, Laksa Pak Ngah, Laksa Karim, Laksa Pokok Limau dan pelbagai lagi nama laksa. Kebanyakan pengusaha membuat laksa sendiri menggunakan tepung beras dan ada juga hanya menggunakan laksa kering yang diperbuat dari tepung gandum.

 

Jika di komuniti Pusat Internet 1Malaysia Kg.Kubang Halban, Laksa Pak Omar dan Laksa Lubok adalah laksa pilihan komuniti kerana  jarak antara Pusat Internet 1Malaysia Kg.Kubang Halban ke Kg.Paya hanya 7 kilometer dan mengambil masa perjalanan hanya 10 minit sahaja ke tempat makan tersebut. Laksa Lubok dan Laksa Pak Omar ini berdekatan antara satu sama lain maka penggemar laksa boleh memilih sendiri kedai laksa yang anda gemari. Kedai Pak Omar beroperasi setiap hari dari pukul 2.00 petang hingga 7.00 malam manakala Laksa Lubok ditutup pada hari selasa sahaja. Anda boleh memilih untuk makan di situ atau bawa balik.

 

 

Signboard lokasi Laksa Lubuk