JIM at LuBok

Waktu Operasi: 4.00pm – 2.00am

Lokasi

Restoran Jim at Lubok terletak di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak.Restoran ini dibuka pada Oktober 2018. Ia menjadi tarikan pengunjung kerana keunikan rekabentuk restoran tersebut yang didirikan daripada kontena terpakai. Lebih cantik dilihat pada waktu malam kerana dihiasi lampu yang pastinya menarik perhatian sesiapa yang lalu didepannya.

Dekorasi restoran juga cantik dan kemas serta selesa untuk pengunjung menjamu selera. Di lengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti wifi, surau dan tandas.

Menu istimewa kalau ke restoran ini adalah Nasi Daging (sirloin) Jim @ Lubuk dan Nasi Kambing Bakar Jim @ Lubuk. Kedua-dua menu ini adalah menu utama di Jim at Lubok dan tidak lupa Nasi Goreng Nanas.

Layari Facebook Page : https://www.facebook.com/jimatlubok/ untuk maklumat lanjut

43150995_2371718422843591_1212151379951353856_o.jpg