Laksa merupakan makanan yang terkenal di daerah utara Malaysia termasuk juga negeri Perak. Di daerah Kuala Kangsar terdapat ramai pengusaha laksa seperti Laksa Zimbo, Laksa Pak Ngah, Laksa Karim, Laksa Pokok Limau dan pelbagai lagi nama laksa. Kebanyakan pengusaha membuat laksa sendiri menggunakan tepung beras dan ada juga hanya menggunakan laksa kering yang diperbuat dari tepung gandum.

 

Jika di komuniti Pusat Internet 1Malaysia Kg.Kubang Halban, Laksa Pak Omar dan Laksa Lubok adalah laksa pilihan komuniti kerana  jarak antara Pusat Internet 1Malaysia Kg.Kubang Halban ke Kg.Paya hanya 7 kilometer dan mengambil masa perjalanan hanya 10 minit sahaja ke tempat makan tersebut. Laksa Lubok dan Laksa Pak Omar ini berdekatan antara satu sama lain maka penggemar laksa boleh memilih sendiri kedai laksa yang anda gemari. Kedai Pak Omar beroperasi setiap hari dari pukul 2.00 petang hingga 7.00 malam manakala Laksa Lubok ditutup pada hari selasa sahaja. Anda boleh memilih untuk makan di situ atau bawa balik.

 

 

Signboard lokasi Laksa Lubuk