Merupakan salah satu tarikan baru di Karai selain Victoria Bridge dan Pekan Selasa. Mula beroperasi sepenuhnya pada September 2019. Mempunyai dua jenis bilik iaitu Bilik Tradisional dan Bilik VIP. Bagi yang menginap di hotel berkenaan boleh juga mengambil pakej tambahan apabila menempah bilik iaitu berkhemah samada membawa khemah sendiri atau menyewa khemah yang disediakan oleh pihak hotel dengan caj yang berpatutan. Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari : https://www.dvillagevb.com/ atau facebook page mereka : https://www.facebook.com/dvillagevbkarai/

 

D'Village @VB Karai

1380 Karai,

33600 Enggor, Perak

No. tel : +6057576101/ +6057576130

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Tok Temong atau nama asalnya Tok Perabu merupakan seorang pembesar wanita yang berkuasa memerintah Temong sebelum zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah I (1528-1549).

Suaminya ialah Tok Pelanduk dan abangnya, Tun Saban adalah pembesar yang berkuasa memerintah Hulu Perak.

Selepas Tun Saban meninggalkan Kampar (Sumatera) untuk kembali ke Tanah Melayu, beliau telah berpindah ke Beredong Budi di Hulu Petani. Tidak lama kemudian, Tun Saban berpindah pula ke Belum di Hulu Perak yang mana beliau telah membuka kampung bernama Relap Reli. Tun Saban menjadi ketua di Belum dan seterusnya mengangkat salah seorang adik perempuannya iaitu Tok Perabu menjadi ketua di tempat bernama Temong yang akhirnya me­nyaksikan Tok Perabu dikenali dengan gelaran Tok Temong.

(sumber petikan dari: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2015&dt=0609&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm)


Ketika Tun Saban tiba di Perak, negeri ini masih belum mempunyai raja dan kebanyakan penduduknya adalah merupakan pedagang dari Melaka, Selangor, Siak, Kampar dan Jambi.Dalam kalangan penduduk itu, ada seorang wanita bernama Tok Masuka yang berasal dari Daik dan menjaga seorang bangsa Temusai, bernama Nakhoda Kassim.

Ketika Tok Masuka meninggal dunia, ada diwasiatkan supaya tempatnya digantikan dengan seorang raja yang berasal daripada anak cucu Sang Sapurba supaya zuriat raja-raja yang turun dari Bukit Si Gantung tidak terputus di Tanah Melayu ketika itu.Berikutan itu, Tun Saban dan Nakhoda Kassim berangkat ke Kampar untuk mengadap Sultan Mahmud Shah dan memohon supaya seorang putera baginda menjadi sultan di Perak.Sultan Mahmud telah meminta putera baginda, Raja Muzaffar menjadi Sultan Perak dan telah ditabalkan menjadi sebagai Sultan Perak yang pertama pada 1528.

Semasa pertabalan Raja Muzaffar itu, Tok Temong telah membawa persembahan sejenis tangkal azimat dikenali Mastika Embun yang telah dijadikan sebagai salah satu alat kebesaran diraja Perak dan digunakan dalam istiadat pertabalan diraja Perak.Sebagai membalas persembahan Tok Temong itu, Sultan Muzaffar telah mengurniakan sebuah puan bujur (bekas sireh), tetapi dikembalikan oleh Tok Temong.Sebaliknya, Tok Temong hanya mahukan ikrar (janji) daripada Sultan Muzaffar supaya anak cucu baginda hendaklah memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak, manakala Tok Temong serta anak cucunya memerintah di sebelah kiri mudik sungai tersebut.

Disebabkan itu, pada hari ini didapati kota-kota istana dan makam sultan-sultan terdahulu di negeri ini terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Perak ke-33, Sultan Idris Shah yang mula membuat istana dan makam di sebelah kiri mudik Sungai Perak.Setelah meninggal dunia, Tok Temong dimakamkan di Kampung Temong Ulu, Mukim Chegar Galah di Kuala Kangsar

(Sumber dipetik dari: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tok-temong-tokoh-pembesar-perak-1.88384) 

 

Lata Perahu atau “Lata Peghor” terletak di Chuar Hulu, Kati.  Jaraknya dari Pusat Internet 1Malaysia Kg Kubang Halban lebih kurang 13 KM. Atas inisiatif Persatuan Pelancongan Chenderoh, Lata Perahu mula dipromosikan pada 2015 sebagai salah satu tarikan yang ada di sekitar Dun Chenderoh.

 

Tambahan pula kini di bina sebuah resort  Berhampiran  Lata Perahu yang memudahkan pengunjung luar untuk menginap di Lata Perahu sambil menikmati suasana yang nyaman. Syamille Agrofarm & Resort merupakan salah satu kemudahan untuk pengunjung yang teringin  bermalam di Lata Perahu.

 

Segala info lanjut mengenai resort berkenaan boleh layari laman sesawang http://www.syamille.com.my/ atau di facebook syamille agrofarm & resort sdn. bhd untuk sebarang maklumat lanjut dan tempahan.

 

 

Signboard tunjuk arah ke Lata Perahu

   

 

Peta lokasi ke Lata Perahu dari Pusat Internet 1Malaysia Kg Kubang Halban

 

 

 

Suasana Di Lata Perahu