Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Jabatan Advokasi dan Jangkauan (AOD) akan menganjurkan satu pertandingan video pendek mengenai isu penyebaran maklumat yang megelirukan/ palsu bagi komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Pertandingan video pendek ini bertemakan “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” yang akan bermula pada 1 Jun 2017 sehingga 3 Julai 2017 dan menggunakan Facebook sebagai platform.

 

Seperti sedia maklum, penyebaran berita palsu merupakan satu isu lazim di Malaysia dan telah menjadi global pada masa ini. Penyebaran maklumat yang mengelirukan atau palsu akan memberi impak besar terhadap pelbagai isu terutamanya isu keselamatan negara. Oleh yang demikian, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menasihatkan orang awam untuk mendapatkan kesahihan setiap maklumat sebelum ditularkan di laman web www.sebenarnya.my.

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pertandingan ini, pihak Tuan/Puan bolehlah hubungi Puan Nurul Fatirah Halim di talian 03 – 8688 8071 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Program: Kelas English Central 

Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Kg.Kubang Halban

Tarikh: 20 Mei 2017

Pelajar: Pelajar Sekolah Rendah

Program: Permainan Puzzle 

Tarikh: 7 Mei 2017

Masa: 9.00 am - 10.00 am

Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Kg.Kubang Halban

Program: Windows Movie Maker

Tarikh: 7 Mei 2017

Masa: 10.00 am - 12.00 pm

Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Kg.Kubang Halban

 

Program: Kelestarian Warisan Alam Anjuran Pertubuhan Warisan Alam Sekitar Malaysia

Tempat: Dewan Orang Ramai Lata Bubu, Kg. Kuala Dal

Tarikh: 6 Mei 2017

Masa: 8.00 pagi - 4.00 petang

Kerjasama: MCMC Dan Pusat Internet 1Malaysia Kluster Kuala Kangsar

Perasmi: YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia